Kedah menang besar, Mario Tot tidak sambung kontrak

Kedah menewaskan Betaria dengan jaringan 5-0. Namun kemenangan itu tidak mengubah kedudukan di tangga keempat liga perdana dengan 39 mata.

Gol-gol jaringan Kedah dijaringkan oleh Faizal 5′, Shazuan 36′, Alen Guc 73′, Khairul 76′ dan Akmal 85′.

Sementara itu,  menurut sumber RTM Kedah melaporkan ketua jurulatih Kedah , Mario Tot mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontraknya bersama persatuan Bolasepak Kedah KFA. Difahamkan kontraknya akan berakhir 31 Julai ini. Justeru itu, perlawanan menentang NS Betaria ini merupakan perlawanan terakhir beliau bersama Kedah.