Jepun pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2014
SAITAMA, Jepun 4 Jun – Juara Asia, Jepun muncul pasukan pertama yang layak ke kejohanan bola sepak Piala Dunia 2014 di Brazil setelah seri 1-1 dengan Australia dalam aksi Kelayakan Zon Asia di sini, hari ini.
Pemain tonggak, Keisuke Honda menjaringkan gol penyamaan Jepun menerusi penalti pada minit ke-90, untuk perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.
Satu mata yang diraih itu bermakna Jepun sudah mengesahkan satu daripada dua slot dari Kumpulan B Kelayakan Asia, dengan baki satu perlawanan. – Reuters