FAM lantik Datuk Hamidin sebagai Setiusaha Agung baru

Datuk Hamidin Mohd Amin telah dilantik sebagai Setiusaha Agung FAM yang baru menggantikan Datuk Azzuddin Ahmad dan bakal memulakan tugas bermula 1 Julai.

Selepas Datuk Azzuddin Ahmad mengumumkan beliau akan menjawat jawatan Setiausaha Agung AFF bulan depan, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Hamidin.

Sehubungan itu, Datuk Hamidin terpaksa melepaskan semua jawatan di dalam Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) dan FAM yang dipegangnya sekarang.

Selain itu, baginda turut memberitahu perancangan untuk memindahkan pejagabat rasmi FAM dari Kelana Jaya ke Putrajaya. [foxsports]