Falcao lengkapkan perpindahan ke Monaco

Monaco mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan untuk menandatangani Radamel Falcao dari Atletico Madrid.

Juara Ligue 2 itu merancang untuk mengatasi Paris St Germain musim depan dan melihat Falcao sebagai antara penyerang berbisa di dunia.

Tiada jumlah pembayaran yang dinyatakan dalam kenyataan Monaco yang mengesahkan perpindahan itu yang dianggarkan sebanyak £50 juta.

Menurut kenyataan itu: “Monaco berbangga untuk mengumumkan kami telah mencapai persetujuan dengan Atletico Madrid dan Radamel Falcao untuk perpindahan ke Monaco mulai musim 2013-14.

“Penyerang Colombia itu telah bersetuju untuk mengikat kontrak selama lima tahun.”

Monaco menyatakan bahawa dia akan diperkenalkan kepada media apabila pemain kembali dari latihan pra-musim.

Falcao menulis di laman Twitter: “Saya ingin berkongsi dengan anda bahawa saya akan menjadi pemain @ASMFC_MONACO musim depan. Saya tidak sabar untuk memulakan cabaran ini! Saya harapkan sokongan anda!”