England berjaya ikat Brazil

RIO DE JANEIRO: England memberi tekanan awal kepada tuan rumah Piala Dunia 2014 Brazil apabila seri 2-2 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Maracana, awal hari ini.

Pasukan pelawat itu yang kali terakhir beraksi di Brazil pada 1984, ketinggalan pada minit ke-57 menerusi jaringan Fred pada minit ke-57.

Namun, England bangkit untuk menyamakan kedudukan menerusi penyerang Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-67.

Wayne Rooney kemudian meledak pada minit ke-79 namun ia hanya seketika sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Paulinho tiga minit selepas itu.

Pengurus England, Roy Hodgson memuji aksi anak buahnya dan menyifatkan keputusan itu amat bermakna dalam persiapan England.

“Ada ketikanya keputusan seri boleh dianggap sebagai kemenangan dan ada keputusan seri dianggap sebagai tewasm” katanya.

England kalahkan Brazil di Wembley dalam perlawanan persahabatan pada Februari lalu ketika Luiz Felipe Scolari baru kembali mengambil alih sebagai jurulatih skuad kebangsaan Brazil. – AFP