Dafi AF dan Pembantu Peribadi disyaki khalwat

Selepas isu khalwat Shahz Jaszle, kali ini giliran Dafi AF pula berhadapan dengan tuduhan khalwat? Macam tidak percaya tetapi Dafi AF mempunyai penjelasan sendiri terhadap insiden di Johor itu.

Utusan Malaysia semalam mendakwa yang Dafi AF yang berada di Batu Pahat, Johor untuk satu penggambaran telah di’tangkap khalwat bersama pembantu peribadinya & mereka tidur dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi AF menceritakan, kira-kira jam 1.00 pagi bilik beliau telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat.

Mereka minta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang beliau bersekedudukkan dengan wanita dan Dafi AF memberikan kerjasama untuk mereka memeriksa kerana percaya dirinya tidak bersalah.

Kumpulan empat orang lelaki berkenaan beredar dari bilik hotel Dafi AF selepas mereka tidak memjumpai apa apa bukti yang beliau berkhalwat.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.

Apapun keadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat Dafi. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap semua artis kerana hakikatnya tidak semuanya begitu.