Bekas juri X-Factor ‘ditangkap’ atur jual beli kokain

London: Kegiatan dadah penyanyi glamor, Tulisa terbongkar semalam selepas dia mengatur pembelian kokain bernilai £800 (RM4,000).

Bekas hakim X Factor berusia 24 tahun itu ‘ditangkap’ oleh wartawan akhbar The Sun ketika dia mengatur seorang rakan untuk membekalkan setengah auns dadah kelas A itu.

Tulisa memberitahu wartawan itu: “Apa yang anda inginkan, dia ada.”

Tulisa sebelum ini mendakwa dia adalah model contoh kepada peminat muda dan dia berhenti menghisap dadah pada usia 14 tahun.

Dalam siasatan The Sun, bintang glamor itu mempamerkan tabiat buruk yang disembunyikan daripada peminat remaja – bermegah-megah dengan hubungannya dengan dadah.

Dia memberitahu wartawan terbabit: “Kamu ingin ganja? Saya akan memberitahu lelaki ini. Apa saja yang kamu inginkan, dia ada.”

Apabila ditanya mengenai dadah selain ganja, dia menjawab: “Apa saja – kokain.

Tulisa mengaku tidak mengambil kokain tetapi mengesahkan dia mengatur pembelian dadah itu untuk rakannya. – The Sun