Bayern juara DFB-Pokal, raih treble

Bayern Munich legkapkan treble bersejarah selepas menewaskan Stuttgart 3-2 untuk menambah piala DFB-Pokal selepas menang Liga Juara Juara dan Bundesliga.

Tiga minit perlawanan dimulakan, Javi Martinez membuat hantaran kepada Arjen Robben namun hantaran lintangnya tersasar.

Stuttgart bagaimanapun enggan mengalah dan menunjukkan permainan bersemangat mereka dengan voli Antonio Rudiger tersasar sedikit dari gawang gol Manuel Neuer.

Neuer kemudian menghalang percubaan dari Vedad Ibisevic dan terpaksa keluar dari posisi untuk menafikan rembatan Georg Niedermeier.

Bayern diberikan sepakan penalti pada minit ke-36 selepas Philipp Lahm yang dijatuhkan oleh Ibrahima Traore.

Muller dengan mudah menjaringkan penalti selepas penjaga gol Stuttgart merebahkan diri ke arah lain.

Bayern pantas menggandakan jaringan pada babak kedua apabila Gomez menyumbat masuk hantaran Lahm.

Perlawanan kelihatan seperti sudah tamat selepas satu jam apabila Muller membuat hantaran kepada Gomez dari kanan yang terus menjaringkan gol dari jarak tujuh ela.

Stuttgart enggan mengaku kalah dan Harnik merapatkan jurang 10 minit kemudian dengan tandukan hebat melepasi Neuer.

Harnik sekali lagi menjaringkan gol 10 minit sebelum masa tamat selepas percubaan Shinji Ozaki terkena tiang. [foxsports]