Victoria berbogel semasa reka pakaian

LONDON – Bekas anggota kumpulan Spice Girl yang juga pereka fesyen, Victoria Beckham mendedahkan bahawa dia kerap berbogel semasa menghasilkan pakaian, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Rutin tersebut dilakukan oleh Victoria, 39, di hadapan pasukan pereka fesyennya sebagai sebahagian proses rekaan pakaian.

“Kami semua amat rapat. Kebiasaannya saya berbogel dan menghasilkan pakaian pada diri sendiri,” akuinya.

Selebriti yang terkenal dengan panggilan Posh itu membuat pengakuan ketika dia menghadiri Festival Vogue di London pada hujung minggu lalu.

Victoria ialah isteri kepada pemain bola sepak terkenal, David Beckham.
Dia meninggalkan kerjaya nyanyian untuk memberi tumpuan kepada label pakaian rekaannya sendiri, merangkumi jeans dan cermin mata yang sebelum ini menggunakan jenama Dvb. – Agensi