Uqasha masih berdendam dengan Emma Maembong

Kalau baca seimbas lalu tajuk yang disiarkan akhbar hari ini memang akan terfikir yang Emma Maembong telah merampas Pekin Ibrahim dari tangan Uqasha Senrose. Drama sungguh kalau ianya benar.

Hujung minggu lalu, gossip timbul mengatakan yang Emma Maembong dan Uqasha Senrose kini tidak bertegur sapa gara gara Emma yang dikatakan telah merampas kekasih Uqasha sebelum ini, Ally.

Selain tidak tahu bagaimana kisah tersebut boleh tiba tiba timbul, Emma Ma’embong berkata kepada Kosmo! hari ini yang dakwaan tersebut tidak benar sama sekali. Berikut penjelasan beliau.

“Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan”

“Apabila saya mendapat tahu yang Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya”

“Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta,” jelas Emma lagi.

 Menerusi gossip yang timbul bermula dari minggu lepas lagi, Emma Maembong dan Uqasha Senrose dikatakan telah tidak bertegur sapa gara gara Emma yang dikatakan  merampas kekasih Uqasha sebelum ini, Ally.

Emma pantas menafikan tuduhan tersebut sambil mengatakan itu hanyalah satu gossip hiburan sambil mengatakan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Ikuti beberapa temubual Emma Ma’embong bersama wartawan Kosmo dibawah.

Kosmo!: Emma dikatakan bermasam muka dengan pelakon Uqasha Senrose gara-gara Emma didakwa telah merampas teman lelaki Uqasha? Benarkah dakwaan itu?

EMMA: Saya tidak tahu bagaimana kisah itu boleh timbul kerana kami berkawan sejak saya belum bergelar artis lagi. Kalau berjumpa pun, kami akan bertegur sapa tetapi sejak kebelakangan ini masing-masing sibuk jadi tidak sempat untuk berhubung. Kami baik-baik saja.

Benarkah Emma merampas kekasih Uqasha?

Tidak benar sama sekali. Saya berkenalan dengan lelaki itu (dikenali dengan nama Ally) selepas Uqasha dan Ally berpisah selama empat bulan. Apabila saya mendapat tahu bahawa Ally pernah bercinta dengan Uqasha, saya memberikan peluang kepada Ally untuk kembali kepada Uqasha tetapi dia sendiri yang pilih saya. Saya tidak pasti kenapa Ally dan Uqasha putus cinta.

Adakah benar Emma mengelak daripada berjumpa dengan Uqasha?

Tidak. Sebaliknya, saya cuba mengelak daripada berjumpa Ally apabila mendapat tahu bahawa mereka pernah bercinta.

Adakah Emma dan Uqasha merupakan sepupu?

Sudah terang lagi bersuluh, tidak (ketawa). Kami tiada pertalian darah dan tiada kena-mengena. Uqasha dari Kelantan dan saya pula keturunan dari Terengganu. Saya tergelak setiap kali orang cakap kami adalah sepupu.