Upload Gambar Seksi di Facebook, Nelydia Senrose Di Kutuk Peminat

Gambar seksi Nelydia Senrose yang baru saja sejam dimuat naik ketika bercuti di sebuah pulau, telah menerima pelbagai kritikan, kutukan dan tohmahan dari peminatnya sendiri.

Difahamkan komen yang diterima dari peminat Nelydia Senrose yang majoritinya beragama Islam malahan ada juga peminat yang datangnya dari kampung yang sama, Bachok Kelantan menulis mereka malu melihat gambar tersebut.

Antara beberapa komen yang diterimanya lagi ialah mereka meminta Nelydia jangan lagi memuat naik gambar seksi seperti ini kerana ia akan hanya mengundang kritikan negatif yang boleh menjejaskan nama baiknya sendiri sebagai artis baru.

 

Nelydia tidak pula memberitahu destinasi pulau percutiannya, tetapi dari gambar yang ditunjukkan sememangnya ia pulau memang menarik.