“Terima kasih boss dan harap nikmatilah masa selepas ini!”

Beckham, yang kini mewakili Paris St Germain, menyatakan bahawa Ferguson merupakan unsur yang paling penting dalam perkembangannya sebagai pemain muda.

Bekas ketua pasukan England itu telah menyatakan di laman rasmi Facebook beliau: “Saya telah menyatakannya banyak kali, beliau bukan sahaja pengurus yang terbaik, beliau juga telah memupuk bakat saya sebagai pemain muda dan boleh dianggap sebagai bapa saya sejak ketibaan saya di kelab itu pada usia 11 tahun sehingga saya berpindah.

“Saya tidak akan mencatatkan pencapaian saya tanpa beliau. Beliau faham bahawa saya mementingkan tanggungjawab untuk mewakili negara.

“Selepas insiden tahun 98′ itu, saya di bawah tekanan di dalam dan luar padang dan beliau telah mendorong kejayaan serta melindungi saya dari unsur yang negatif dan saya tidak akan melupakan sokongan beliau.

“Saya amat menghargai masa saya di bawahnya yang telah mendorong kejayaan dalam kerjaya saya hingga hari ini.

“Terima kasih boss dan harap nikmatilah masa selepas ini!”

Sir Bobby Charlton juga telah memuji Ferguson dan menyatakan bahawa beliau adalah pengurus yang amat menakjubkan.

Charlton merupakan salah satu dari pengarah United yang melantik Ferguson pada tahun 1987 dan beliau berkata: “Dia adalah pengurus yang mengagumkan. Semua yang beliau buat amat mengagumkan.

“Saya adalah seorang pengarah tetapi saya tidak perlu buat banyak kerja kerana kami sering menang dan ia kerana Sir Alex Ferguson.

“Dia akan bangun di tengah malam dan sanggup membuat perjalanan jauh demi menandatangani pemain muda yang berbakat.”