Shah Jaszle ditangkap berkhalwat?

SHAH ALAM – Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini, Khamis.

Pelakon berusia 25 tahun itu, yang pernah bertunang pada Disember tahun lepas, ditahan pada 3.30 pagi selepas pasukan penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang pelakon lelaki terkenal ini ditangkap khalwat bukan bersama tunangnya tetapi bersama gadis berusia 21 tahun.

Pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengesahkan bahawa pelakon itu, yang sudah bertunang Disember lepas, ditahan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat awam.

“Dia ditahan mengikut Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995,” katanya.

Pelakon berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita yang lebih berusia serta seorang lagi pelakon wanita, namun hubungannya dengan mereka berakhir begitu sahaja.

Sementara itu, sumber memberitahu bahawa Jabatan Agama Islam  Selangor (JAIS)  mengesahkan pelakon filem  Azura, Mohd. Shahrizal Jaszle Jasmi atau yang  dikenali sebagai Shah Jaszle ditahan oleh pihak  berkuasa itu pada awal pagi ini.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata,  pelakon tersebut ditahan oleh Bahagian  Penguatkuasaan JAIS di Apartment Taman Sri  Subang di sini pada pukul 3.30 pagi.

“Penahanan Shah Jaszle berdasarkan Seksyen  29 (1) A & B, Enakmen Jenayah Syariah negeri  Selangor 1995 iaitu lelaki yang didapati berada  bersama dengan seorang atau lebih daripada  seorang perempuan yang bukan isteri atau  mahramnya dan sebaliknya.

“Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak  melebihi RM3,000  atau dipenjarakan selama  tempoh tidak melebihi dua tahun atau  kedua-duanya,” katanya dalam  kenyataan di sini  hari ini.

Marzuki berkata, penangkapan tersebut dibuat  berdasarkan aduan orang awam kepada Bahagian  Penguatkuasaan JAIS semalam.