Remaja mati digilis tayar traktor

Kulim: Seorang pelajar sebuah sekolah pondok ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila cedera parah di badan akibat digilis tayar sebuah traktor yang sedang bergerak dalam kejadian di Sungai Karangan, dekat sini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4.30 petang di kawasan sekolah pondok itu menyebabkan mangsa Mohd Sayuti Abd Razak, 15, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sebelum kejadian, traktor berkenaan dipercayai dipandu seorang remaja berusia 16 tahun, manakala mangsa dan seorang lagi rakannya dikatakan berdiri di atas kenderaan itu.

Menurutnya, polis difahamkan, ketika melalui kawasan berlopak, traktor terbabit dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah bangsal yang terletak berhampiran bangunan sekolah pondok terbabit.

ÔÇťAkibat pelanggaran itu, mangsa bersama seorang lagi rakannya cuba menyelamatkan diri lalu terjun dari traktor berkenaan, namun mangsa terjatuh di hadapan tayar menyebabkan traktor yang sedang bergerak itu terus menggilis badannya.