Ramona Zamzam doa kebahagiaan Fouziah Gous

Keliru sebenarnya tentang status bakal suami Fouziah Gous ini, bukanlah satu isu besar tetapi menjadi persoalan yang sebenarnya perlu di’jawab dek kenyataan sering bercanggah di media.

“Cukup untuk saya katakan sepanjang kami berkenalan dan berkawan, dia bukan milik sesiapa pun.

Jauh sekali menjadi kekasih orang. Kiranya, istilah saya merampas itu adalah salah sama sekali”

Itu kenyataan Fouziah Gous terhadap bakal suaminya baru baru ini. Umum mengetahui yang terdapat laporan media yang mengatakan Fouziah Gous merampas lelaki tersebut dari Ramona Zamzam. Kejam ayat.

Enggan mengulas lanjut perkara ini, Ramona Zamzam yang di’temubual Sinar Harian berkata beliau tidak mahu lagi mengungkit kisah lama & hanya mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya itu bersama Fouziah Gous.

“Saya tak mahu lagi orang salah faham. Saya sedar, saya buka mulut sekarang ini pun orang akan salahkan saya. Biarlah penjelasan ini menjadi yang terakhir. Saya sudah lupakan semuanya dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah pun membuka buku baru,” jelasnya.

Bukan niat di hati untuk menjaja sebarang cerita, apatah lagi kisah yang disiarkan itu bukan berkaitan karier seninya.

Namun, bagi Ramona Zamzam atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam, dia sedar kisah hidupnya bukan lagi satu perkara privasi dan itulah harga yang perlu dibayar apabila dia memilih untuk berkecimpung dalam bidang seni.

Jika sebelum ini, gambar sosial dan gambar bersama bekas kekasihnya tersebar, kini nama Ramona kembali menjadi perhatian setelah kisah kekasihnya dirampas diketahui umum.

Apatah lagi, insan yang kini berada di sisi bekas kekasihnya adalah aktres cantik, Fouziah Gous, dan lebih pahit mereka dikatakan akan melangsungkan perkahwinan sedikit masa lagi.

Namun di sebalik penyebaran cerita tersebut, ada perkara lebih pahit yang harus ditelan Ramona kerana dia sebenarnya menjadi mangsa keadaan.

“Saya berada di Switzerland ketika artikel yang mengatakan ‘Fouziah merampas kekasih Ramona’ disiarkan. Itu pun kerana mama yang menghantar keratan akhbar tersebut menerusi aplikasi WhatsApp Messenger.

“Saya akui agak terkejut, sehinggakan ada wartawan menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan sekitar jam dua pagi, tapi saya tidak kisah kerana sekurang-kurangnya dapat memberitahu hal yang sebenar.

“Tapi, saya berani bersumpah saya tidak pernah mencari wartawan apatah lagi menjadi dalang menyebarkan cerita ini,” ujarnya kepada Zass.

Ramona berkata, dia sudah pun menutup buku lama dan enggan lagi mengungkit sebarang cerita dan mendoakan kebahagiaan bekas kekasihnya bersama Fouziah.

“Saya tak mahu lagi orang salah faham. Saya sedar, saya buka mulut sekarang ini pun orang akan salahkan saya. Biarlah penjelasan ini menjadi yang terakhir.

“Saya sudah lupakan semuanya dan sebaik menjejakkan kaki ke Malaysia, saya sudah pun membuka buku baru,” jelasnya.

Katanya, dia kini lebih senang hidup sendiri dan mahu menumpukan perhatian terhadap karier seni terlebih dahulu.

Bercuti kerana frust?

Dalam pada itu, ditanya mengenai percutian ke luar negara ketika cerita tersebut bertebaran, Ramona mengakui membawa diri ke Eropah bagi menenangkan fikiran.

Ujar Ramona, dia sememangnya sudah lama merancang untuk menziarahi rakan dan saudara mara yang berada di United Kingdom, Switzerland, Itali, dan Perancis.

“Saya bercuti lebih kurang sebulan dan baru sahaja balik ke Malaysia seminggu yang lalu. Saya ke sana seorang diri dan ia lebih kepada sesi terapi diri.

“Dalam masa yang sama, saya memang sudah lama merancang untuk berjumpa dengan rakan dan keluarga yang tinggal di sana. Memang seronok sepanjang berada di negara orang,” katanya.

Masih aktif berlakon

Menurut Ramona, dia kini masih berada dalam keadaan ‘jet lag’ kerana perbezaan waktu antara negara Eropah dan Asia.

Kesannya, dia terpaksa menolak satu tawaran lakonan drama kerana khuatir tidak dapat memberi komitmen kerana sering tidur pada waktu siang.

“Saya sudah cuba untuk tidur pada waktu malam, tetapi hanya pada jam 6 pagi barulah saya terasa mengantuk dan akhirnya saya akan tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam.

“Jadi demi tidak memberi masalah kepada produksi tersebut, saya terpaksa menolak tawaran lakonan.

“Namun saya akan terlibat dengan penggambaran sebuah drama pada minggu depan,” katanya.