PRU-13: BN berjaya bentuk kerajaan majoriti mudah

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) telah berjaya membentuk kerajaan pusat dengan memperoleh majoriti mudah 133 kerusi Parlimen.

Dalam pada itu, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 87 kerusi Parlimen.

Daripada 84 kerusi itu, Pas memperoleh 21 kerusi, PKR (30) manakala DAP (38).

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Barisan pemimpin dalam Pakatan, Lim Kit Siang, DS Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, Azmin Ali, Nik Aziz, Hadi Awang, Khalid Samad, Nasrudin Tantawi menang untuk kawasan masing-masing. Manakala Mat Sabu, Mahfuz, Husam Musa, Saifudin Nasution pula tewas.

Bagi pemimpin BN pula, DS Najib, Khairy Jamaluddin, Muhyidin Yasin menang selesa di kawasan masing-masing. Saifudin Abdullah dan DS Mohd Ali Rustam pula tewas.

Sementara itu bagi keputusan DUN, Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan pemerintahan di lapan negeri dan merampas semula pentadbiran Kedah manakala pakatan pembangkang memenangi tiga negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Negeri-negeri yang dimenangi ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.

Mukhriz Mahathir dijangka bakal dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Bekas Menteri Besar, DS Azizan Razak bagaimanapun menang selesa di kawasannya.

Ustaz Fathul Bari Yahya, Datuk Abdul Ghani Othman dan Salahudin Ayub pula tewas.

Pada masa ini, BN memerintah Sarawak selepas memenangi pilihan raya negeri pada 2011.

Berikut keputusan rasmi yang daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

PERLIS: BN (13), Pas (1), PKR (1) – BN memerintah
KEDAH: BN (21), Pas (9), PKR (4) – DAP (2) – BN memerintah
KELANTAN: BN (12), Pas (32), PKR (1) – Pas memerintah
TERENGGANU: BN (17), Pas (14), PKR (1) – BN memerintah
PULAU PINANG: BN (10), DAP (19), PKR (10) Pas (1) – DAP memerintah
PERAK: BN (31), DAP (18), PKR (5), Pas (5) – BN memerintah
PAHANG: BN (30), DAP (7), Pas (3), PKR (2) – BN memerintah
SELANGOR: BN (12), DAP (15), PKR (14), Pas (15) – PR memerintah
NEGERI SEMBILAN: BN (22), DAP (11), PKR (3) – BN memerintah
MELAKA: BN (21), DAP (6), Pas (1) – BN memerintah
JOHOR: BN (38), DAP (13), Pas (4), PKR (1) – BN memerintah
SABAH: BN (48), PKR (7), DAP (4), STAR (1) – BN memerintah

BERIKUT antara tokoh yang tewas pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang diadakan semalam.

– Datuk Seri Mohd Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka – Parlimen Bukit Katil)
– Datuk Abdul Ghani Othman (Menteri Besar Johor – BN – Parlimen Gelang Patah)
– Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri – BN – Parlimen Lembah Pantai)
– Datuk Seri Kong Cho Ha (Menteri – BN – Parlimen Lumut)
– Datuk Seri Chor Chee Heung (Menteri – BN – Parlimen Alor Setar)
– Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri – BN – Parlimen Temerloh)
– Dr Mohd Puad Zarkashi (Timbalan Menteri – BN – Parlimen Batu Pahat)
– Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Setiausaha BN Selangor – Parlimen Sepang)
– Mohamad Sabu (Timbalan Presiden Pas – Parlimen Pendang)
– Datuk Dr Haron Din (Timbalan Mursyidul Am Pas – Parlimen Arau)
– Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR – Parlimen Kulim-Bandar Baharu)
– Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas – Parlimen Pulai)
– Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan Pas – Dun Jengka)
– Datuk Husam Musa (Naib Presiden Pas – Parlimen Putrajaya)
– Dr Badrulamin Bahron (Pemimpin pusat PKR – Parlimen Silam)
– Mustaffa Kamil (Pemimpin pusat PKR – Parlimen Pasir Salak)
– Datuk Ibrahim Ali (Presiden Perkasa – Bebas – Parlimen Pasir Mas)