Program ijazah ‘Heavy Metal’ dilancarkan

Muzik rock genre ‘Heavy Metal’ akan diangkat sebagai salah satu pengkhususan program ijazah 2 tahun di UK.

Bermula September ini, pelajar di New College Nottingham akan menganalisa muzik dari Megadeth, Iron Maiden hingga ke Metallica dengan tunjuk ajar dari tutor Liam Maloy.

Para pelajar akan diajar bagaimana untuk menulis dan membuat persembahan genre Heavy Metal ini. Mereka juga akan diajar sejarah genre ini seperti kisah Ozzy Osbourne yang menggigit kelawar dalam satu persembahannya suatu ketika dulu.

Program ijazah ini akan bermula secara rasmi pada September 2013 termasuk modul peranan muzik Heavy Metal dalam bidang permainan video dan hubungannya dengan agama.

Liam Maloy juga ada sebahagian dari pakar program muzik kanak-kanak yang bergelar Johnny and the Raindrops

Dalam tahun terakhir program ini, para pelajar akan berpeluang mengadakan gigs atau persembahan di seluruh UK.

Pemuzik Liam Maloy mengambil masa selama 7 tahun untuk menyusun silibus untuk program ini dan dipercayai sebagai program ijazah yang pertama yang menawarkan pekhususan bidang ini.

Walaupun ada bantahan dari ‘Campaign for Real Education’ yang mengatakan hanya membuang masa, Liam Maloy berkata bahawa muzik Heavy Metal tidak diangkat seperti genre jazz dan classical dan New College Nottingham menawarkan sesuatu yang berbeza tidak seperti di Oxford atau Cambridge.

Seramai 20 pelajar telah mendaftar untuk kursus 2 tahun ini dengan yuran £5,750 setahun untuk 2013-14.