Penumpang cuba bunuh diri, Pesawat mendarat cemas

BEIJING 30 Mei – Sebuah pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing terpaksa membuat pendaratan kecemasan ke Alaska ekoran seorang penumpang cuba menggantung diri di tandas pesawat tersebut semalam.

Syarikat Penerbangan Amerika Syarikat dalam satu kenyataan berkata, pesawat UA851 dari Chicago itu berlepas Rabu lalu terpaksa membuat pendaratan di Anchorage kerana `rawatan kecemasanÂ’ selepas seorang penumpang terpaksa di tahan di hospital tempatan.

Sementara itu penumpang lain terpaksa bermalam di bandar raya itu ekoran kejadian tersebut. – AFP