Leuniey Natasha Sudah Berhijab & Bakal Tunai Umrah Dengan Apex

Suaminya adalah Apex atau Khairul Fahmi Che Mat, masih ingat ‘kan? Leuniey Natasha mungkin satu satunya insan yang kami keliru kenapa mendapat liputan media dari dunia hiburan. Heh.

Sejak minggu lalu, Leuniey Natasha melalui akaun Instagram beliau ada mengirimkan beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau memakai tudung litup dan membuatkan follower beliau tertanya tanya.

Bercakap kepada Murai, Leuniey Natasha mengakui yang dirinya kini sudah berhijab penuh kerana merasakan sudah sampai masa untuk beliau berubah selain kerana mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi.

“Sebenarnya saya baru sahaja berhijab penuh sejak 2 minggu lalu dan kini sedang dalam proses untuk biasakan diri bertudung apabila keluar”

“Bukan apa, terus-terang saya sudah lama simpan niat untuk bertudung ini Cuma tunggu masa saya benar-benar bersedia untuk tampil kekal dengan berhijab. Tak mahu lah jadi bila rimas dan panas saya suka-suka bukak”

“Lagipun saya dan Apex bakal mengerjakan umrah pada ramadan ini, jadi saya mahulah belajar untuk bertudung sepenuhnya sebelum ke tanah suci nanti,” jelas Leuniey Natasha.

Leuniey Natasha turut memberitahu yang beliau teruja untuk mengerjakan umrah ini kerana ianya juga merupakan bulan madu pertama bersama suami semenjak mereka berkahwin. [rotikaya]