Lelaki bunuh tentera, 2 masjid diserang

London: Dua buah masjid menjadi sasaran serangan dan kemarahan kumpulan sayap kiri di Britain selepas seorang askar negara itu ditetak sehingga mati, di sebatang jalan di London semalam, kejadian yang disifatkan kerajaan sebagai serangan pengganas.

Sekurang-kurangnya dua orang ditahan dalam kejadian berasingan serangan ke atas masjid, menyusul insiden terbabit.

Langkah berjaga-jaga kini ditingkatkan selepas kejadian serangan maut ke atas seorang askar di London” Jurucakap polis

Di Essex, seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan polis selepas disyaki cuba melakukan serangan apabila dilaporkan masuk ke dalam sebuah masjid dengan membawa sebilah pisau,

Ahli Parlimen tempatan, Brook Newmark melalui laman Twitter menyatakan: “Sebuah masjid di Braintree diserang seorang lelaki dengan pisau dan peranti berbahaya. Lelaki terbabit ditangkap. Tiada sesiapa cedera.”

Melalui laman blog mikro itu juga, Newmark memaklumkan bahawa beliau baru selesai mengadakan pertemuan dengan pemimpin masjid tempatan di Braintree yang diserang pada petang sebelumnya.

“Terima kepada polis atas tindakan segera,” katanya.

Pemimpin kumpulan sayap kiri Liga Pertahanan Inggeris (EDL), Tommy Robinson (kiri) bersama penyokongnya berhimpun di Woolwich, Tenggara London manakala polis bertempur dengan perusuh di Woolwich (gambar kecil)

Polis cepat bertindak

Setiausaha masjid di Braintree, Sikander Saleemy memberitahu stesen televisyen Channel 4 beliau mengandaikan serangan yang berlaku sebagai tindakan balas dendam.

“Polis berkata, terlalu awal untuk mengaitkannya apa yang berlaku di Woolwich, tetapi kami rasa ia memang balas dendam. Kami mengecam apa yang berlaku di Woolwich, tetapi ia tiada sebarang kaitan dengan kami. Ia adalah tindakan keganasan,” katanya.

Polis Essex yang dihubungi mengesahkan, seorang lelaki berusia 43 tahun dari Braintree ditahan kerana disyaki membawa senjata berbahaya dengan niat melakukan serangan.

Sementara itu, polis di Kent juga menerima laporan kerosakan akibat jenayah di sebuah masjid di Canterbury Street, Gillingham kira-kira jam 8.40 malam.

Woolwich Attack yang menjadi penyebab kemarahan sayap kiri

Jurucakapnya berkata, seorang lelaki ditangkap melakukan serangan jenayah yang berunsur perkauman.

“Langkah berjaga-jaga kini ditingkatkan selepas kejadian serangan maut ke atas seorang askar di London,” katanya.

Terdahulu, Saksi merakamkan kejadian beberapa minit selepas pembunuhan menunjukkan seorang lelaki dengan tangan berlumuran darah mengacukan pemotong daging dan pisau yang dipenuhi darah.

Serangan itu yang pertama membabitkan Islam di London selepas pembunuhan pengebom pengangkutan awam pada Julai 2005. – REUTERS/AGENSI

Footage Woolwich Attack