Kanak-kanak perempuan dirogol dan dibunuh

KLANG 9 Mei – Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dipercayai mangsa rogol dan bunuh dijumpai di tempat letak kereta Lorong Batu Nilam 1E, Bukit Tinggi di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Senior Asisten Komisioner Mohammad Md. Yusop berkata, mayat Nur Amyliana Shuhada Mohd. Nor ditemukan oleh orang ramai dalam keadaan terbaring di tempat kejadian pada pukul 10.30 malam.

“Kanak-kanak malang itu sudah meninggal dunia semasa ditemukan dan polis mengesyaki mangsa mungkin dirogol sebelum dibunuh kerana siasatan mendapati ada kesan pendarahan di bahagian kemaluannya

“Dua suspek lelaki berusia 19 dan 24 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kedua-dua suspek berusia 19 dan 24 tahun itu ditahan di tempat kejadian selepas dilihat cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada waktu mayat mangsa ditemui.

Nur Amyliana Shuhada
Keadaan ketika ditemui

Ahli keluaraga tidak dapat menahan kesedihan berikutan kejadian terhadap mangsa Nur Amyliana Shuhada (gambar dalaman)

Mangsa Nur Amyliana Shuhada Mohd Noor, 11 dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerahj Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusof berkata mayat mangsa ditemui kira-kira jam 10.30 malam dalam keadaan menyayat hati di kawasan tanah lapang berdekatan kawasan tempat meletak kenderaan.

Setakat ini, polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.