FAS dakwa FAM maklum Harimau Malaya tidak bersedia

Perlawanan persahabatan, Causeway Challenge antara Malaysia dengan Singapura telah dibatalkan kerana ketiadaan pasukan Malaysia yang bersedia.

Aksi persahabatan timbal balik ini merupakan acara tahunan yang telah dipersetujui semasa Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) pada Julai 2011.

Tahun lepas mereka seri 2-2 di Stadium Jalan Besar dan Harimau Malaya menang 2-0 di Stadium Shah Alam.

Tetapi berita mengecewakan untuk penyokong yang menantikan aksi sengit ini apabila FAS mengesahkan kedua-dua perlawanan yang dijadualkan pada 4 dan 7 Jun telah dibatalkan.

Singapura kini akan beraksi dengan Myanmar dan Laos bagi menggantikan Causeway Challenge yang dibatalkan.

“Perlawanan dengan Myanmar dan Laos diaturkan selepas FAM memaklumkan kepada kami pada 22 Mei bahawa pasukan kebangsaan mereka tidak dapat beraksi dalam Causeway Challenge 2013 kerana ketiadaan pasukan utama dan kedua pada dua tarikh tersebut yang pada awalnya telah dipersetujui,” kata kenyataan FAS. [Foxsports]