David Moyes pengurus baru Manchester United

Manchester UK. – David Moyes dilantik secara rasminya sebagai Pengurus Manchester United untuk musim 2013/14.

David, 50, telah menjadi pengurus Everton sejak 2002, selepas cemerlang sebagai pengurus di Preston North End.

Bekas pengurus Everton yang berusia 50 tahun itu telah menandatangani kontrak enam tahun dengan kelab Old Trafford itu dan akan serta mereka secara rasmi pada 1 Julai selepas mengakhiri musim dengan Everton.

Mengumumkan penggantinya, Sir Alex Ferguson berkata:

“Bila kami berbincang siapa calon pengganti yang layak, kami semua sepakat bersetuju bahawa David Moyes yang paling layak.  David mempunyai integriti dan etika kerja yang cukup bagus.”

“Saya begitu mengagumi hasil kerjanya sejak sekian lama dan pernah menawarkannya kerja sebagai pembantu saya pada tahun 1998 yang lalu. Beliau begitu muda ketika itu namun sangat hebat. memang tidak disangkalkan lagi beliaulah calon yang tepat.”

Sir Bobby Charlton berkata:

“Kami begitu berhati-hati untuk memilih siapa calon yang sesuai sebagai pengganti. David Moyes, beliau boleh memahami bagaimana kelab ini berkerja. Belaiu merupakan calon yang dapat mengekalkan kecemerlangan kelab ini”

David akan di perkenalkan secara rasmi sebagai pengurus baru Manchester United dalam masa terdekat ini.