David Beckham bersara

Sejak penampilannya untuk Manchester United dua dekad lalu, pemain midfield yang berusia 38 tahun itu telah mengukirkan nama sebagai salah satu dari ikon bola sepak.

Beckham juga telah mewakili negaranya lebih seratus kali dan mengetuai pasukan England lewat dalam kerjayanya beliau telah merangkul kejuaraan di empat negara lain dan merupakan satu-satunya pemain bola Britain yang telah mendapat pencapaian itu.

Beckham berkata: “Saya bernasib baik yang PSG telah memberi saya peluang untuk meneruskan kerjaya saya tetapi saya rasa yang ini adalah masa yang tepat untuk saya mengakhiri kerjaya saya, dengan bermain di tahap yang tertinggi.”

“Jika anda memberitahu saya semasa saya masih muda lagi yang saya akan mewakili kelab kegemaran saya Manchester United, yang saya akan mengetuai pasukan kebangsaan dan yang saya akan mewakili negara lebih seratus kali serta mewakili beberapa kelab gergasi dalam dunia bola sepak, saya akan menyatakan bahawa ia hanya satu fantasi.

“Saya amat bernasib baik yang impian saya menjadi kenyataan.”

Beckham membuat penampilan pertama untuk Manchester United pada tahun 1992, dan telah merangkul enam kejuaraan liga dan trofi Liga Juara Juara sebelum berpindah ke Real Madrid dan Los Angeles Galaxy, termasuk beberapa musim beliau dipinjamkan ke AC Milan.

Beliau membuat penampilan pertama untuk England pada tahun 1996 dan menjadi pemain ‘outfield’ yang paling berpengalaman untuk negara dengan 115 penampilan.

Beckham juga merupakan pemain England pertama yang telah menjaringkan gol dalam tiga kejohanan Piala Dunia berturut-turut.

Beckham menambah: “Detik yang paling membanggakan bagi saya adalah apabila saya mengetuai pasukan kebangsaan.

“Saya sedar yang setiap kali saya menyarung jersi ‘Three Lions’, saya mewakili bukan sahaja golongan pemain yang paling menyerlah untuk negara, saya juga mewakili setiap para peminat yang memberi sokongan padu kepada pasukan negara.

“Ia adalah penghargaan yang paling besar bagi saya untuk mewakili England di dalam dan luar padang.”

“Saya tidak akan mencapai kejayaan tanpa sokongan keluarga saya. Saya terharu dengan pengorbanan ibu bapa saya yang mendorong kejayaan saya. Saya juga amat bangga dengan sokongan Victoria dan anak-anak saya, yang telah memberi saya inspirasi dan sokongan untuk bermain di tahap yang tinggi untuk jangka masa yang panjang.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan sepasukan saya serta pengurus-pengurus yang telah mengajar saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang telah memberi saya sokongan padu.”

Beckham akan bermain dua kali lagi sebelum menggantung kasut, perlawanan di Stadium PSG menentang Brest adalah yang terakhir. [Foxsports]