Chelsea tidak akan beri muka layan Basel

LONDON – Chelsea akan beraksi tanpa belas kasihan memburu kejayaan di peringkat Eropah tanpa kegagalan apabila berdepan FC Basel dalam saingan separuh akhir kedua Liga Europa.

Kelab dari London itu, sama seperti Benfica yang berdepan Fenerbahce dalam satu lagi saingan separuh akhir, kedua-duanya tersingkir di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara, tetapi berpotensi untuk bertemu sesama sendiri pada perlawanan akhir Liga Europa di Amsterdam Arena pada 15 Mei ini.

Chelsea selesa selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas wakil Switzerland itu tetapi Benfica ketinggalan 0-1 kepada kelab Turki tersebut.

Kejayaan di Liga Europa bukan sasaran awal kedua-dua kelab tersebut pada awal musim tetapi ia sekarang menjadi penebus kepada mereka untuk menamatkan aksi suram musim ini.

Chelsea, yang merupakan penyandang juara Liga Juara-Juara akan beraksi dalam perlawanan ke-11 menentang juara Liga Switzerland itu di Stamford Bridge.

Mereka perlu mengatasi keletihan yang membelenggu untuk memburu tempat ke saingan akhir dan memberikan sesuatu kepada jurulatih sementara, Rafael Benitez.

Benitez berjaya melakukan sistem penggiliran dalam skuadnya dan mengekalkan mereka cergas untuk bersaing dalam Liga Juara-Juara dan menempatkan diri dalam kedudukan empat pasukan terbaik Liga Perdana Inggeris serta kembali ke Liga Juara-Juara musim depan.

Tandukan Victor Moses dan sepakan percuma David Luiz pada masa kecederaan memberikan Chelsea kejayaan minggu lepas selepas Fabian Schaer menyempurnakan penalti untuk Basel pada minit ke-87.

Benfica masih lagi dianggap secara meluas sebagai salah sebuah kelab terbaik Eropah tetapi ia adalah 51 tahun lalu ketika kali terakhir mereka meraih kejuaraan Eropah, sebelum meraihnya buat kali kedua pada 1962.

Jurulatih Benfica, Jorge Jesus bakal mengharapkan gandingan Argentina Enzo Perez dan Nicolas Gaitan di bahagian tengah untuk menghalang Fenerbahce selepas melakukan kejutan membariskan perancang Pablo Aimar dan pemain remaja yang tidak memberi sebarang keuntungan pada separuh akhir pertama.

Jesus menyifatkan kekalahan di Istanbul disebabkan dia terpaksa merehatkan pemain utama dan mengekalkan pasukannya cergas ketika mereka cuba untuk meraih kejuaraan treble Liga Portugal, Piala Portugal serta Liga Europa. – REUTERS

Saksikan perlawanan secara ini secara livestream di sini.