Chelsea tewaskan Manchester Utd

Chelsea menambah peluang untuk ke Liga Juara Juara musim depan selepas Juan Mata menjaringkan gol kemenangan ke atas 10 pemain Manchester United.

Perlawanan kelihatan akan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan sehingga Mata melakukan rembatan melepasi Phil Jones tiga minit sebelum perlawanan tamat.

United berpendapat bahawa mereka patut mendapat sepakan percuma pada awal perlawanan dan kekecewaan mereka bertambha apabila Rafael dibuang padang kerana mengasari David Luiz.

Kemenangan ini bermakna, kemenangan Chelsea ke atas Tottenham pada Rabu ini akan menempatkan mereka di empat teratas liga dengan kelebihan gol.

Walaupun Sir Alex Ferguson menegaskan mereka akan terus beraksi walaupun telah menjuarai liga, jelas kelihatan pasukan tuan rumah tidak bersungguh-sungguh.

Michael Carrick telah dikecualikan dari perlawanan ini dan tempatnya digantikan oleh Ryan Giggs.
Sementara itu, Rafael dan Jones mara ke dalam kotak penalti namun Petr Cech telah berjaya mengawal gawang gol dengan baik.

Kemudian Tom Cleverley turut mendapat peluang tetapi telah tersasar, begitu juga dengan percubaan Antonio Valencia pada awal perlawanan.

Giggs berjaya membuat hantaran cantik kepada Robin van Persie tetapi percubaanya tidak berhasil.
Sebelum waktu rehat, Giggs membuka peluang yang lebih baik untuk Van Persie apabila dia melakukan hantaran lintang dari kiri tetapi Cech sekali lagi berjaya membuat halangan.

Jaringan pertama perlawanan berjaya dicipta pada minit ke-87 apabila Juan Mata melakukan rembatan melepasi Jones dan terus membolosi gawang tuan rumah.

Kekecewaan United bertambah apabila Rafael mengasari Luiz dan dibuang padang.

Saksikan highlight di sini.