Chelsea mahu Frank Lampard setahun lagi

Frank Lampard telah diberi kontrak baru selama setahun dengan Chelsea selepas mengetuai pasukan yang merangkul trofi Liga Europa.

Pemain midfield England itu akan kekal di Stamford Bridge musim depan. Lampard telah berpindah dari West Ham pada 2001 dalam persetujuan yang bernilai £11 juta dan beliau telah adalah penjaring gol paling banyak Chelsea dengan 203 gol dalam 12 musim.

Pengumuman yang menyatakan bahawa Lampard akan meneruskan musim ke 13 untuk pasukan Blues dibuat sehari selepas pasukannya menang Benfica di Amsterdam dan ia mengakhiri spekulasi tentang masa depannya.

Lampard, 35 tahun musim depan, telah memberitahu www.chelseafc.com: “Saya amat gembira. Semua tahu yang saya ingin kekal di Chelsea.

“Kami telah lama berbincang dan walaupun ia makan masa yang panjang saya rasa ia dibuat dengan cara yang terbaik.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Abramovich [pemilik kelab Chelsea Roman Abramovich] kerana telah membuat impian saya menjadi kenyataan.

“Saya sayang kelab ini, anggota pasukan, pemain dan terutamanya para peminat yang telah menerima saya dengan tangan terbuka sejak saya tiba.

“Saya hanya ingin mendorong kejayaan Chelsea dalam musim akan datang. Saya amat bangga.”
Ini juga mengakhiri minggu yang baik untuk Lampard yang telah menjaringkan dua gol dalam perlawanan BPL dengan Aston Villa dan sekaligus memecahkan rekod 43 tahun oleh Bobby Tambling.

Kemenangan di Holland itu adalah penampilan ke 600 baginya – penampilan ketiga terbanyak untuk pemain Chelsea – dan beliau kini melengkapkan koleksi trofinya.

Lampard telah menang trofi Liga Juara Juara, Liga Perdana sebanyak tiga kali, Piala FA empat kali dan Piala Liga dua kali.

Pengarah eksekutif Chelsea Ron Gourlay berkata: “Frank adalah pemain penting bagi Chelsea dan telah lama mendorong kejayaan kelab ini.

“Kami telah berbincang dengannya sejak akhir musim lepas dan ia amat positif.

“Kami gembira dapat mengumumkan bahawa beliau akan kekal di kelab ini hingga 2014.”