Chelsea juara Liga Europa

Chelsea menjulang trofi Liga Europa hasil gol kemenangan Branislav Ivanovic dalam keputusan 2-1 atas Benfica di Amsterdam.

Chelsea mendapat gol pembukaan hasil jaringan Fernando Torres – gol keenamnya dalam enam perlawanan Liga Europa sebelum Oscar Cardozo menyempurnakan penalti apabila Cesar Azpilicueta menangani bola dengan tangannya.

Percubaan Frank Lampard pada minit ke 88 terkena palang gol sebelum Ivanovic, yang tidak dapat serta perlawanan akhir Liga Juara Juara musim lepas akibat penggantungan, menanduk masuk gol dari sepakan penjuru dalam minit pertama masa kecederaan.

Chelsea kini merupakan kelab pertama dalam sejarah bola sepak untuk memegang trofi Liga Juara Juara dan Liga Europa pada masa yang sama – walaupun ia akan berakhir dalam 10 hari sebelum juara Liga Juara Juara musim ini ditentukan.

Kali terakhir pasukan London ini menang Cup Winners’ Cup adalah pada musim 1970/71 dan 1997/98 sebelum kejayaan dalam Liga Juara Juara musim lepas.

Pengurus sementara Roberto Di Matteo telah mendorong kejayaan Chelsea dalam Liga Juara Juara musim lepas dan sejarah diulangi di Amsterdam.

Ini adalah trofi pertama untuk Chelsea dari lapan percubaan musim ini dan mereka dapat menjaminkan tempat dalam Liga Juara Juara musim depan jika menang Everton dalam perlawanan di padang sendiri – perlawanan ke 69 bagi mereka musim ini.

Chelsea mula perlawanan tanpa Eden Hazard dan ketua pasukan John Terry, yang terlepas perlawanan akhir 2012 akibat penggantungan dan tidak dapat serta perlawanan akhir ini akibat kecederaan.

Lampard mengambil alih sebagai ketua pasukan dan ia dilaporkan yang beliau akhirnya diberi kontrak baru.

Benfica mula perlawanan dengan tandukan Cardozo yang tersasar sebelum Ramires, bekas pemain Benfica bersama David Luiz, mengasari Nemanja Matic.

Cardozo dan Eduardo Salvio membuat percubaan yang akhirnya dihalang sebelum rembatan Nicolas Gaitan melambung tinggi.

Chelsea bertindak dengan serangan balas Juan Mata tetapi rembatan Ramires tersasar.

Perlawanan babak pertama gagal mendatangkan hasil untuk kedua-dua pasukan dan para peminat terpaksa menunggu hingga minit ke 51 untuk menyaksikan gol.

Cardozo membolosi gawang Chelsea tetapi jaringannya tidak dibenarkan akibat ofsaid.

Cech kemudian melontar bola kepada Torres di bahagian tengah padang.

Penyerang Sepanyol itu melepasi Luisao dengan senang sebelum menggelecek bola lepas penjaga gol Artur untuk menyepak masuk gol pembukaan Blues.

Azpilicueta kemudian mengawal bola dengan tangannya dalam kotak penalti dan Cardozo menyempurnakannya – jaringan gol ketujuh dalam Liga Juara Juara baginya.

Kedua=dua pasukan balas membalas gerakan serangan masing-masing dan Ramires menang sepakan penjuru minit terakhir masa kecederaan.

Juan Mata menghantar bola ke dalam kotak penalti dan Ivanovic menanduk masuk gol kemenangan untuk membuat keputusan 2-1.