Beckham diberi penghormatan kemudi PSG

PARIS 19 Mei – David Beckham diberi penghormatan selaku kapten PSG dalam aksi terakhir di gelanggang sendiri sebelum bersara akhir musim ini.

PSG yang merangkul kejuaraan Liga Perancis minggu lalu, menjadikan Beckham satu-satunya pemain Inggeris yang menang empat gelaran dari empat kelab negara berbeza – Manchester United, Real Madrid dan Los Angeles Galaxy.

Beckham diberi penghormatan di Parc des Princess dengan ribuan penyokong PSG melaung `Merci David’ (terima kasih David) apabila namanya disebut menerusi pembesar suara dalam stadium.

Dalam aksi awal pagi ini, PSG menewaskan Stade Brest 3-1 home. – Agensi