Bayern buktikan Barca lebih teruk dari Real

Bayern Munich telah mengalahkan Barcelona dengan keputusan akhir 7-0 dan akan bertemu saingan Borussia Dortmund di pusingan akhir Liga Juara Juara.

Prestasi Bayern Munich amat menakjubkan dan dapat mengalahkan Barcelona sekali lagi dengan keputusan 3-0 di perlawanan kedua apatahlagi dengan kemenangan 4-0 di perlawanan pertama.

Bayern telah mara kepusingan akhir Liga Juara Juara dan akan bertemu dengan saingan mereka dari Jerman, Borussia Dortmund pada 25 May.

Dengan bintang utama mereka mempunyai cedera kaki sejak kebelakangan ini, pengurus Barcelona, Tito Vilanova telah meletakkan Messi di bangku penukaran pada seluruh perlawanan di petang Rabu itu.

Harapan Barcelona menjadi semakin tipis setelah Arjen Robben menjaringkan gol yang cantik daripada sebelah kiri setelah mendapat hantaran daripada David Alaba.

Jaringan gol itu bermakna Barcelona perlukan enam gol untuk mara kepusingan seterusnya dan ia amat mustahil bagi pasukan itu.

Hantaran Franck Ribery telah di tendang oleh Pique yang menjaringkan gol sendiri.

Pasukan tuan rumah itu hampir dapat menjaringkan gol apabila tandukan Villa terkena tiang gawang tetapi harapan mereka telah dihancurkan oleh Thomas Muller yang dapat menanduk bola kedalam gawang gol di minit ke 76 dan menjadi gol kemenangan Bayern Munich.

2 Replies to “Bayern buktikan Barca lebih teruk dari Real”

Comments are closed.