Barcelona umumkan penyertaan Neymar

Juara Sepanyol, Barcelona telah bersetuju untuk menandatangani penyerang Brazil, Neymar dari Santos.

Pemain berusia 21 tahun itu akan mengikat kontrak selama lima tahun dengan pemain itu mengesahkan dia akan menandatangani kontrak pada hari Isnin.

Menurut kenyataan Barcelona: “FC Barcelona dan Santos telah bersetuju tentang perpindahan Neymar da Silva Santos Junior. Dia akan menyarungkan jersi Barcelona selama lima tahun. Pemain berusia 21 tahun itu adalah pemain harapan terbaik di dunia.”

Neymar telah mempertimbangkan masa depannya di Santos selepas kelab mendedahkan mereka telah menerima dua tawaran untuk bintang itu, dengan Barca mengesahkan sebagai salah satu pembida dan Real Madrid dikatakan juga berminat.

Neymar mengesahkan keputusannya pada hari Sabtu dengan menulis di laman Instagram: “Saya di sini bersama rakan-rakan dan keluarga dan mereka telah membantu saya menulis beberapa perkara di sini. Sata tidak akan berkata apa apa sehingga Isnin. Keluarga dan rakan-rakan saya telah tahu keputusan saya.

“Pada hari Isnin, saya akan mengikat kontrak dengan Barcelona.” [Foxsports]