Atletico Madrid julang Copa del Rey

Tandukan Miranda pada minit ke-99 berjaya memberikan kemenangan untuk Atletico menewaskan Real Madrid 2-1 dalam perlawanan akhir Copa del Rey.

Cristiano Ronaldo meletakkan Real 1-0 di hadapan pada minit ke-14 perlawanan tetapi Diego Costa berjaya menyamakan kedudukan 10 minit sebelum waktu rehat.

Percubaan Madrid terkena tiang sebanyak dua kali pada babak kedua dan Jaunfran menghalang rembatan Mesut Ozil pada saat akhir dan menggesa masa tambahan.

Penjaga gol Atletico, Thibaut Courtois melakukan dua halangan hebat untuk mengekalkan pasukannya dalam perlawanan.

Madrid semakin tertekan – Mourinho telah diarahkan ke kawasan teknikal pada masa biasa, Ronaldo pula dibuang padang pada minit ke-114 kerana berkelahi dengan kapten Atletico, Gabi.

Ini adalah kali ke-10 Atletico berjaya menang Copa del Rey dan piala ketiga untuk Diego Simone dalam masa 18 bulan mengendalikan pasukan.

Itu menyamai rekod Mourinho semasa tiga tahun berada di Madrid namun beliau dijangka akan meninggalkan kelab.

Simone menurunkan kesebelasan utama biasanya sementara Mourinho memilih Raul Albiol menggantikan Pepe – yang beliau tidak pilih sejak dia mengkritik pengurus itu secara terbuka.

Kesilapan oleh Albiol telah menyebabkan Atletico menyamakan kedudukan sementara kesilapan Diego Lopez yang menjadi pilihan Mouringo berbanding Iker Casillas telah menyebabkan Atletico menjaringkan gol kemenangan.

Atletico gagal mengasak Real yang lebih baik secara fizikal yang telah meghadkan kebolehan pihak lawan.

Apabila Atletico akhirnya mencipta peluang yang baik, mereka menyamakan kedudukan.

Falcao melepasi Albiol dari tengah padang, mengawal bola dengan baik sebelum melepaskan Diego Costa yang mara ke arah gawang gol dan merembat melepasi Lopez.