Arsenal singkir juara Piala FA dari BPL

Wigan tersingkir dari Liga Perdana Barclays selepas lapan tahun apabila tewas 4-1 kepada Arsenal pada malam Selesa.

Lukas Podolski menjaringkan gol pembukaan untuk pasukan Gunners pada minit ke 11 dengan tandukan baik tetapi Wigan kembali hasil jaringan Shaun Maloney sebelum masa rehat.

Theo Walcott menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 63 sebelum Podolski dan Aaron Ramsey menambah pada kelebihan gol.

Wigan meletakkan pasukan sama yang telah menewaskan Manchester City dalam perlawanan akhir Piala FA pada hari Sabtu sementara Jack Wilshere hadir di bangku simpanan untuk pasukan Arsenal.

Pasukan tuan rumah mendapat gol pembukaan apabila Cazorla memberi bola cip ke dalam kotak dari sepakan penduru dan Podolski menanduk masuk bola lepas penjaga gol Joel Robles.

Wigan bertindak dengan hantaran jauh kepada Arouna Kone tetapi pemain pertahanan Laurent Koscielny berjaya menyepak bola keluar.

Arsenal hampir-hampir mengulangi gerakan yang menghasilkan gol pembukaan pada minit ke 38 tetapi percubaan Koscielny tersasar.

Pengadil Mike Dean kemudian mencetuskan kemarahan oleh para penyokong tuan rumah apabila beliau memberi Wigan tendangan percuma apabila Mikel Arteta mengasari Maloney.

Maloney kemudian menyamakan kedudukan dari tendangan percuma itu dalam masa kecederaan babak pertama.

Pasukan pelawat mula babak kedua dengan baik hasil usaha Kone yang menggeleeck bola ke dalam kotak penalti Arsenal sebelum menyepak bola yang diselamatkan Szczesny.

Arsenal kemudian membalas dengan Walcott yang memberi bola kepada Cazorla tetapi percubaan penyerang Sepnayol itu tersasar.

Cazorla mengancam pada minit ke 63 dari sayap kanan dan hantaran tepatnya kepada Walcott disempurnakan dengan baik untuk membuat keputusan 2-1.

Wigan menggantikan Jordi Gomez dengan wira Piala FA Ben Watson tetapi Podolski menjaringkan gol pada minit ke 68 hasil hantaran Cazorla sekali lagi.

Ramsey melengkapkan kemenangan besar pada minit ke 71 apabila menerima bola di sayap kiri sebelum menggelecek masuk ke dalam kotak penalti untuk menyepak masuk gol terakhir perlawanan lepas Robles. [foxsports]