Alex Ferguson : Masa yang paling tepat untuk bersara

Sir Alex Ferguson, pengurus yang paling menyerlah dalam sejarah bola sepak England, akan bersara selepas perlawanan West Bromwich Albion pada 19 Mei.

Beliau berkata di laman rasmi kelab itu: “Keputusan untuk bersara adalah satu-satunya keputusan yang saya sering menimbang dan saya telah berfikir lama. Ini adalah masa yang paling tepat.

“Ia penting untuk saya meninggalkan kelab ini dalam keadaan yang terbaik dan saya berpendapat bahawa inilah masanya.

Kualiti pasukan yang telah merangkul kejuaraan Liga BPL ini, dan campuran pemain yang terbaik bermakna kelab ini akan meneruskan prestasi yang baik di tahap yang tertinggi sementara struktur untuk pemain muda di kelab ini memastikan kejayaan bagi kelab ini dalam jangka masa yang panjang.

Ketika menjuarai Piala Eropah 1999

Pertama kali bersama skuadnya

“Pusat latihan kami adalah antara yang terbaik di dunia dan stadium Old Trafford kami amat dihormati seluruh dunia.

“Saya akan mengambil alih posisi sebagai pengarah dan duta kelab ini. Saya teruja untuk mula cabaran baru saya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya yang telah memberi sokongan padu. Isteri saya, Cathy, telah mendorong kejayaan saya dalam kerjaya yang terpilih.”

“Kepada para pemain dan anggota kelab ini, saya ingin berterima kasih kepada mereka kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan cara yang terbaik dengan penuh dedikasi. Sumbangan mereka amat penting kepada sejarah kelab ini.

Saat bersejarah ketika baru dilantik

“Dalam permulaan kerjaya saya, sokongan padu pihak pengurusan dan Sir Bobby Charlton, memberi saya keyakinan dan masa untuk membina kelab bola sepak yang baik, bukan sahaja pasukan bola sepak.

“Dalam beberapa tahun terakhir pula, keluarga Glazer telah memberi saya peluang untuk menguruskan Manchester United dengan cara terbaik dan saya bernasib baik dapat bekerjasama dengan pengarah eksekutif yang terbaik – David Gill.

“Kepada para peminat, terima kasih. Sokongan yang anda memberi sejak beberapa tahun ini amat mengagumkan. Ia adalah penghargaan yang besar apabila anda memberi saya peluang untuk menguruskan pasukan Manchester United.”