Aeril Zafrel Tinggalkan MIG, Bakal Ke Hollywood

Kesempatan bertemu dengan pelakon kacak, Aeril Zafrel semasa tayangan perdana filem 99 Kali Rindu, menjawab segala persoalan mengenai desas-desus selama ini yang mengatakan bahawa dia sudah keluar daripada syarikat produksi MIG, dan ternyata pada malam tayangan filem 99 Kali Rindu adalah merupakan filem terakhir dia bersama-sama dengan MIG.

“Secara rasminya selepas 9 Mei ini, iaitu semasa tayangan filem ini di tayangkan saya akan bergerak sendiri. Tetapi sebelum tarikh rasminya pun saya sudah bergerak sendiri, dengan mengatur jadual saya sendiri dan juga menguruskan kerjaya sendiri.

Bagi saya mudah iaitu saya tidak perlu untuk menyusahkan pihak syarikat untuk mengurusakan kerjaya saya, memandangkan saya juga masih belajar dan saya rasa dengan cara ini saya lebih efektif dan tidak perlu untuk menyusahkan pihak lain dalam menguruskan kerjaya seni saya ini,”.

Sementara itu, Aeril juga akan berlepas ke Hollywood pada bulan hadapan untuk meluaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon dan memenuhi beberapa tawaran dari pihak produksi di sana.

“Alhamdulillah saya bersyukur kerana telah mendapat tawaran dari pihak produksi di sana dan ada beberapa tawaran yang dalam proses perbincangan, jika tiada aral melintanga InsyaAllah pada bulan hadapan kemungkinan besar saya akan ke sana untuk proses seterusnya”. [rotikaya]