Zulfahmi ketujuh GP Amerika

AUSTIN 22 April – Pelumba muda negara Zulfahmi Khairuddin terus cemerlang menyumbang mata buat pasukannya KTM selepas menghabiskan perlumbaan di tempat ketujuh kategori Moto3 Grand Prix Amerika awal pagi ini.

Perlumbaan itu dimenangi Alex Rins daripada pasukan KTM diikuti Maverick Salom tempat kedua dan Luis Salom tempat ketiga.

Tiga tempat teratas Grand Prix Amerika di litar sepanjang 5,513 meter itu, dikuasai pelumba Sepanyol iaitu Alex Rins, Maverick Vinales dan Luis Salom.

Menurut laman web rasmi MotoGP, www.motogp.com perlumbaan itu dimulakan semula sebanyak lima pusingan selepas sebelumnya diberhentikan akibat kemalangan teruk yang menimpa pelumba dari Belanda, Jasper Iwema pada pusingan ke-12.

Keputusan

1. Alex Rins (ESP) KTM
2. Maverick Vinales (ESP) KTM
3. Luis Salom (ESP) KTM
4. Jonas Folger (GER) Kalex
5. Miguel Oliveira (POR) Mahindra
6. Jack Miller (AUS) FTR
7. Zulfahmi Khairuddin (MAS) KTM
8. Alexis Masbou (FRA) FTR
9. Brad Binder (S/AFR) Suter
10. Jakub Kornfeil (Czech) Kalex