Vincent peruntuk RM115.4j untuk Cardiff beli pemain

LONDON – BillionairMalaysia yang menjadi pemilik Kelab Bola Sepak Cardiff City, Vincent Tan semalam berkata kelab itu boleh berbelanja sebanyak 25 juta pounds (RM115.4 juta) bagi pembelian pemain baharu.

Peruntukan yang disediakan Vincent itu dibuat setelah Bluebirds berjaya menempatkan diri dalam senarai pa sukan-pasukan yang akan bertanding dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan.

“Strategi kelab perlu diperbaiki dan kami bercadang untuk membelanjakan antara 20 hingga 25 juta pounds (RM92 juta hingga RM115 juta) untuk menghadapi saingan sengit EPL.

“Banyak kelab gagal setelah mengeluarkan belanja yang cukup besar, jadi kami akan berbelanja dengan bijak,” katanya.

Vincent dan sekumpulan sekumpulan pelabur Malaysia pada tahun 2010. – AFP