Tiada jaminan untuk Rooney

ENGLAND – Alex Ferguson memberi amaran kepada penyerangnya Wayne Rooney bahawa tiada jaminan buat pemain itu untuk terus berada dalam kesebelasan utama Manchester United.

Selepas penyerang England itu bermain di bahagian tengah ketika menentang West Ham pada Rabu lalu, Ferguson tidak menolak kemungkinan akan mengarahkan Rooney untuk melakukan perkara sama pada aksi Selasa depan menentang Aston Villa.

Pada masa yang sama, Ferguson turut bimbang dengan kedudukan pemain tersebut yang berhak memilih untuk meninggalkan kelab ini bagi menyertai pasukan lain.

Ketika ini, Rooney dikaitkan dengan spekulasi perpindahan ke Paris Saint-Germain musim depan.
Bagaimanapun, Ferguson cuba untuk mententeramkan spekulasi tersebut apabila memberitahu dia yakin Rooney akan kekal bersama United.

Sementara itu, ditanya adakah Rooney akan terus kekal beraksi di bahagian tengah pada masa akan datang, Ferguson berkata: ” Ia terlalu sukar untuk dikatakan. – Agensi