Suarez sentiasa menjadi wira Liverpool

Penyerang Liverpool Luis Suarez menjaringkan gol penyamaan dalam keputusan 2-2 dengan Chelsea.

Penyerang Uruguay itu sering terlibat dengan insiden yang berkontroversi dan menghadiahkan Chelsea dengan penalti apabila beliau menggigit Branislav Ivanovic.

Eden Hazard menyempurnakan penalti itu selepas Oscar menjaringkan gol pembukaan untuk Chelsea dan gol penyamaan Daniel Sturridge.

Walaubagaimanapun Suarez muncul untuk menjaringkan gol penyamaan dari hantaran Sturridge dalam detik terakhir perlawanan.

Liverpool mencipta peluang pertama apabila menyerang benteng pertahanan Chelsea pada minit kelima tetapi rembatan Glen Johnson dari hantaran Luis Suarez tersasar.

Pasukan pelawat kemudian meningkatkan permainan tetapi gagal menguji penjaga gol Liverpool Pepe Reina.

Ramires melepaskan rembatan deras dari hantaran Hazard tetapi Reina berjaya menumbuk bola keluar.

Tonggak serangan kedua-dua pasukan kelihatan agak hambar hingga minit ke 26 apabila Oscar menanduk masuk tendangan sudut Juan Mata.

Pasukan Blues hampir-hampir menjaringkan gol kedua seminit kemudian apabila Reina terlepas bola dari tendangan percuma David Luiz.

Fernando Torres kemudian dilayangkan kad kuning akibat mengasari Jamie Carragher sebelum Suarez menguji penjaga gol Chelsea Petr Cech.

Sturridge kemudian menggantikan Philippe Coutinho pada masa rehat dan penyerang England itu mencipta peluang untuk Steven Gerrard dengan serta merta dalam minit pertama babak kedua.
Gerrard dihalang Cech sebelum percubaan Sturridge terkena tiang gol.

Suarez terus mencipta peluang keemasan untuk Sturridge pada minit ke 52 dan bekas pemain Chelsea itu menyempurnakannya dengan senang.

Malangnya, Suarez cuba menghalang Torres dari menanduk bola dengan menggunakan tangannya dan Hazard menyempurnakan penalti pada minit ke 57 dengan senang.

Suarez kemudian bertembung dengan Ivanovic tetapi tidak didenda dan Liverpool meneruskan tekanan atas benteng pertahanan Chelsea.

Benitez menggantikan Yossi Benayoun dengan Hazard dan Oscar untuk Victor Moses sementara Jonjo Shelvey menggantikan Stewart Downing untuk Liverpool.

Shelvey mensia-siakan peluang keemasan apabila gawang terbuka dan kedua-dua pasukan masuk masa tambahan.

Frank Lampard kemudian menggantikan Mata tetapi Suarez akhirnya menyamakan kedudukan dalam saat terakhir.

Highlight perlawanan di sini.