Saya akan hormat penyokong Arsenal – Van Persie

Penyerang Manchester United, Robin van Persie menegaskan beliau akan sentiasa hormat para penyokong bekas pasukannya itu.

Van Persie berkhidmat untuk Arsenal selama tujuh musim sebelum menyertai United musim panas lalu dan pemindahan itu telah lihat beliau mengutip kemenangan liga pertama beliau di England.

Walau bagaimanapun, ramai penyokong Arsenal masih berasa marah dengan keputusan bekas ketua pasukan mereka untuk berpindah ke salah satu musuh mereka. Pemindahan itu jelas telah memperkukuhkan lagi United dan pada masa yang sama menjejas prestasi Arsenal musim ini.

Arsenal kini sedang bersaing untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan dan harus menewaskan United untuk kekal di tempat ketiga di hadapan Chelsea.

Van Persie memberitahu The Sun: “Saya sentiasa akan menghormati para penyokong Arsenal. Mereka mencintai kelab mereka jadi saya faham perasaan mereka.

“Para pemain, kakitangan-kakitangan kelab, pengurus dan juga pengarah akan meninggalkan mana-mana kelab, tetapi para peminat sentiasa akan menyokong kelab itu.

“Jadi saya tidak sabar untuk bermain di Emirates sekali lagi. Saya mempunyai banyak kenangan manis di sana.

“Dan saya juga akan dapat berjumpa dengan rakan sepasukan dan kawan-kawan lama saya.”

Saksikan perlawanan ini secara streaming ni sini