Robin Van Persie menyelamatkan Red Devils

Pasukan West Ham memberi Manchester United saingan yang sengit dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan 2-2.

Ricardo Vaz Te menanduk masuk gol pembukaan tetapi Antonio Valencia menyamakan kedudukan dalam babak pertama.

Mohamed Diame menjaringkan gol kedua pasukannya dalam separuh masa kedua tetapi Robin Van Persie menyamakan kedudukan dan menyelamatkan satu mata untuk pasukannya.

Andy Carroll mencipta peluang pertama awal dalam perlawanan dengan rembatan kaki kiti yang tersasar. Pasukan Hammers meneruskan prestasi baik dengan menguasai kawalan bola dan kepantasan Matt Jarvis membuka ruang untuk beliau menghantar bola ke dalam kotak penalti.

Hantaran Jarvis ditanduk Carroll dan Vaz Te terus menanduk masuk gol pertama dalam perlawanan.
Pasukan pelawat cuba bangkit tetapi gagal mencipta peluang yang baik hingga Patrice Evra memberi hantaran baik dari dalam kotak penalti tetapi Diame berjaya menyepak bola keluar.

Beberapa minit kemudian, Shinji Kagawa mencipta ruang dan memberi hantaran cantik kepada Valencia yang menyepak masuk gol penyamaan dengan senang.

Pasukan Hammers memberi tumpuan kepada gerakan serangan balas dan mereka hampir-hampir mengekalkan kelebihan apabila Nemanja Vidic hilang kawalan bola tetapi kesilapan antara Vaz Te dan Carroll memberi peluang untuk United mengakhirkan gerakan itu.

Pasukan pelawat memulakan babak kedua dengan baik dengan percubaan Rooney dalam minit pertama apabila beliau memberi hantaran tepat kepada Van Persie tetapi penyerang Belanda itu menanduk bola kepada Phil Jones dan tandukannya tersasar.

Hanya sepuluh minit kemudian, Diame melepasi Rooney dari sayap kanan sebelum penyerang Senegal itu melepaskan rembatan kaki kiri untuk gol kedua pasukannya.

Van Persie menyelamatkan pasukannya lebih kurang 15 minit sebelum wisel penamat apabila beliau merembat masuk hantaran Kagawa dari luar kotak penalti.

Highlight perlawanan di sini.