Reading dan QPR tersingkir dari BPL

Kedua-dua pasukan Reading dan QPR telah tersingkir dari BPL setelah hanya mampu seri tanpa gol di Stadium Madejski pada malam Ahad.

Kedua pasukan telah mencuba sedaya upaya di perlawanan yang akan memutuskan kedudukan mereka di Liga Perdana Barclays, namun mereka tidak mampu menjaringkan gol.

Pasukan yang menang perlawanan itu akan dapat kekal di Liga Perdana Barclays dan pasukan yang kalah akan tersingkir namun, sekiranya perlawanan itu mendapat keputusan seri, kedua pasukan akan turun ke divisen yang lebih rendah.

Bos Reading, Nigel Adkins yakin bahawa pasukannya mampu kekal namun saingannya QPR nampaknya seperti telah menerima nasibnya.

Pasukan Reading telah bermula dengan prestasi yang baik namun mereka tidak dapat mengatasi penjaga gol QPR, Robert Green.

Prestasi pasukan mula meningkat dan kedua Jermain Jenas dan Estaban Granero nyari dapat menjaringkan gol tetapi tendangan percuma mereka terkena tiang gawang.

Hantaran Stephane Mbia kepada Jay Bothroyd memberi ruang untuk menjaringkan gol tetapi tendangannya itu tidak kena pada sasaran.

Tujuh minit sebelum babak pertama akhir, Adrian Mariappa dan Pavel Pogrebnyak nyaris menjaringkan gol tetapi pertahanan QPR tidak memberi mereka ruang dan telah menahan mereka.

Adam le Fondre telah mengganti Garath McCleary hanya dengan 25 minit dalam perlawanan.

Dua tendangan oleh Jenas telah melamung jauh sebelum tendangan Le Fondre tidak kena sasarannya dengan harapan untuk tidak disingkirkan.

Green dapat menepis tandukkan Sean Morrison dan McCarthy dapat menyelamatkan tendangan rendah Bothroyd. Kedua pasukan tidak dapat menjaringkan gol dan telah disingkirkan dari Liga Perdana Barlcays.