Mourinho dan Falcao ke Chelsea musim depan

Dilaporkan, Jose Mourinho dan Radamel Falcao telah bersetuju untuk mengikat kontrak dengan Chelsea musim depan.

Mourinho yang pernah mengendali Chelsea dari 2004 hingga 2007 masih menjadi pilihan di Stamford Bridge dan telah lama dikaitkan dengan kelab itu.

Menurut laporan akhbar Jerman, Bild, destinasi Mourinho yang seterusnya adalah Chelsea sementara Abramovich mencari pengganti yang sesuai kepada Rafael Benitez.

Laporan itu juag mengatakan bahawa Chelsea turut mendapat persetujuan dengan Falcao untuk menyertai kelab itu musim depan selepas Fernando Torres dan Demba Ba gagal memberi impak.

Penyertaan Falcao dipercayai adalah sebagai hadiah kepulangan semula kepada Mourinho yang dilaporkan berminat untuk bekerjasama dengan pemain dari Columbia itu.

[foxsports]