Gareth Bale menang dua anugerah PFA

Gareth Bale menamatkan musim dengan penuh bermakna apabila menjadi pemain pertama sejak Cristiano Ronaldo merangkul dua anugerah PFA.

Penyerang Tottenham itu menewaskan Luis Suarez, Robin van Persie, Juan Mata, Eden Hazard dan Michael Carrick untuk memenangi anugerah tersebut bagi musim 2012-13.

Pemain dari Wales itu turut membawa pulang Pemain Muda Terbaik (Young Player of The Year) menjadikannya pemain ketiga dalam sejarah menerima dua angerah dalam musim yang sama,
“Ini satu penghormatan yang besar,” kata Bale.

“Untuk diundi oleh rakan bola sepak adalah salah satu perkara yang besar dalam sukan ini. Saya bangga dan gembira untuk menang.”

Ronaldo merangkul kedua-dua anugerah pada tahun 2007, 30 tahun selepas Andy Gray menerimanya,

Bale memenangi anugerah senior dua musim lepas apabila dia menyerlah dalam perlawanan domestik dan Liga Juara Juara.

Tetapi dia telah kembali meningkat, mengubah dirinya sebagai mesin gol yang telah menjaringkan 29 gol untuk pasukan dan negara musim ini.

Bale telah menujukan anugerah itu kepada rakan sepasukannya dan pengurus, Andre Villas-Boas.
“Apabila anda lihat senarai pencalonan, banyak nama besar di situ dan mereka sangat hebat musim ini, tetapi saya tidak akan berada di sini tanpa sokongan pasukan,” katanya lagi.