Chelsea bawa pulang bekalan selesa

Gol David Luiz dalam detik terakhir perlawanan dari tendangan percuma memberi Chelsea kemenangan 2-1 atas Basel dalam Liga Europa.

Chelsea mendapat gol pembukaan hasil usaha Branislav Ivanovic yang menanduk bola kepada Victor Moses sebelum penyerang itu menjaringkan gol ketiganya dalam tiga perlawanan.

Percubaan Fernando Torres kemudian terkena tiang sebelum Cesar Azpilicueta mengasari Valentin Stocker dan Fabian Schar menyempurnakan penalti pada minit ke 87.

Walaubagaimanapun Chelsea bangkit dengan percubaan Luiz dan kini mempunyai harapan baik apabila kedua-dua pasukan bertembung sekali lagi di Stamford Bridge nanti.

Chelsea telah mula musim ini dengan baik dengan peluang untuk merangkul tujuh kejuaraan tetapi Liga Europa ini merupakan harapan terakhir untuk menang trofi.

Basel pula telah menyingkir Zenit St Petersburg dan Tottenham. Ashleh Cole kembali setelah pulih dari kecederaan dan John Terry diletakkan dalam benteng pertahanan sementara Luiz dan Frank Lampard mengambil posisi tengah padang.

Basel bermain dalam perlawanan separuh akhir pertama mereka dalam kejohanan Eropah sementara ini adalah yang ke tujuh bagi Chelsea dalam 10 tahun.

Pasukan tuan rumah mula perlawanan dengan baik tetapi Chelsea bertindak dengan usaha Azpilicueta di sayap kanan tetapi sepakan Lampard ditepis keluar oleh Sommer.

Sepakan penjuru Lampard kemudian ditanduk Ivanovic dan melantun dari kaki Moses masuk ke gawang untuk gol pembukaan.

Penyerang Nigeria itu telah menjaringkan gol apabila bertemu Rubin Kazan dalam perlawanan terakhir dan telah meraikan gol itu walaupun tidak bersusah payah untuk menjaringkannya.

Petr Cech kemudian menepis keluar percubaan Schar sebelum ketua pasukan Basel Marco Streller mengancam tetapi Ivanovic, Terry dan Luiz berjaya menanganinya.

Eden Hazard juga sering mengancam dalam posisinya di belakang Torres tetapi rakan sepasukannya sering hilang kawalan bola.

Basel telah menjaringkan 11 dari 16 jaringan gol mereka dalam babak kedua dan mereka mula separuh masa kedua dengan baik.

Percubaan Strocker kemudian terkena tiang dari hantaran Streller sebelum percubaan Fabian Frei tersasar.

Azpilicueta kemudian mengasari Stocker dalam kotak penalti dan Schar menyepak masuk gol penyamaan.

Rembatan Oscar kemudian tersasar dan tandukan Terry pula diselamatkan oleh Sommer tetapi Luiz akhirnya muncul dengan gol kemenangan dari tendangan percuma.

Highlight perlawanan di sini.