Bayern belasah Barcelona di Munich

MUNICH, Jerman – Bayern Munich semakin hampir beraksi dalam final Liga Juara-Juara buat kali ketiga apabila berjaya menundukkan Barcelona 4-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di Allianz Arena di sini awal pagi tadi.

Kesengsaraan Barca bermula dengan rembatan bintang Jerman, Thomas Mueller yang menyumbat dua gol, masing-masing pada minit ke-24 dan minit ke-82 permainan.

Dua gol lagi disumbangkan oleh Mario Gomez dan pemain sayap dari Belanda, Arjen Robben masing-masing pada minit ke-49 dan minit ke-73 perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh Bayern.

Kehadiran bintang Argentina, Lionel Messi dalam perlawanan ini masih gagal mambantu Barcelona untuk memperoleh sebarang jaringan sebagai bekalan saingan separuh akhir kedua di Nou Camp pada 1 Mei nanti.

Perlawanan penuh aksi ini turut menyaksikan beberapa insiden kontroversi antaranya ialah apabila pengadil perlawanan tidak memperdulikan terjahan kasar Mueller ke atas pemain tengah Barca, Jordi Alba.

Highlight perlawanan di sini.