Angkasawan Rusia bawa obor Olimpik ke angkasa lepas

MOSCOW – Obor Sukan Olimpik yang ke-47 akan dibawa ke angkasa lepas oleh dua angkawasan Rusia, Oleg Kotov dan Sergei Ryazansky pada November ini bersempena penganjuran sukan tersebut di Sochi tahun hadapan.

Timbalan Ketua Agensi Roscosmo, Vitaly Davydov berkata, tiada sebarang maklumat lanjut mengenai acara tersebut dapat dikongsikan tetapi dia percaya perancangan tentang perkara itu telah disahkan oleh jawatankuasa Olimpik negara.

“Obor yang akan dibawa ke angkasa lepas ialah obor yang sebenar, cuma ia tidak akan dinyalakan. Jika kami mempunyai niat untuk menyalakannya, obor itu tidak akan dibenarkan dibawa ke sana,” ujar Davydov.

Perancangan awal membawa obor tersebut ke angkasa lepas dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos terpaksa dianjak ke bulan November kerana memberi laluan kepada acara larian di Tasik Baikal dan Gunung Elbrus yang memerlukan obor itu dinyalakan. – AFP