Anak Will Smith bercinta dengan adik Kim Kardashian

NAMPAKNYA anak kepada aktor Will Smith semakin menunjukkan kemesraannya selepas digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan salah seorang bintang Keeping Up With The Kardashian, Kylie Jenner.

Menurut laporan portal Dailymail, sepanjang khabar angin cinta mereka, Jaden sering menyatakan bahawa dia dan Kylie hanya berkawan.

Namun lain pula berlaku apabila pasangan itu tidak lagi segan silu menunjukkan rasa cinta masing-masing di khalayak.

“Kylie adalah salah seorang teman baik saya dan dia sangat menakjubkan,” kata Jaden.
Pasangan ini mula dicurigai media Hollywood apabila mereka berada di konsert Justin Bieber di London pada bulan lepas.

Pada konsert itu, Jaden menjadi penyanyi undangan bagi acara pembukaan sebelum Justin memulakan persembahannya.