Amri bawa Selangor mara ke pusingan kedua

Amri Yahyah menjadi wira Selangor selepas menjaringkan gol kemenangan untuk membawa Selangor ke pusingan kedua Piala AFC dengan menewaskan Tampines Rovers 3-2.

Selangor hadir di Stadium Jalan Besar, Singapura dengan lima mata dalam Kumpulan H dan memerlukan kemenanagan sementara East Bengal menewaskan Saigon Xuan Thanh untuk mara ke pusingan Piala AFC yang seterusnya.

Pasukan Red Giants turun tanpa penyerang berbisa, Francis Forkey Doe yang direhatkan selepas perlawanan dengan LIONSXII dalam Liga Super.

Pasukan tuan rumah terus melakukan asakan sejurus perlawanan dimulakan. Walaupun telah tersingkir dari saingan Piala AFC, mereka pasti tidak mahu tewas di laman sendiri.

Pada minit ke-7, Tampines mendapat peluang pertama selepas Gurusamy melakukan hantaran kurang tepat tetapi dia pantas menyelamatkan keadaan.

Tiga minit kemudian, Fahmie melakukan hantaran kepada Jamil dari kanan namun percubaannya tersasar.

Tampines diberikan sepakan percuma pada minit ke-21 tetapi sepakan Shaiful Esah tetapi tidak berjaya.

Selangor mendapat percubaan pertama tiga minit selepas itu apabila Shukur Jusoh membuat hantaran kepada Amri Yahyah tetapi sepakannya ditangkap kemas oleh penjaga gol Tampines.

Gol pertama perlawanan akhirnya tiba pada minit ke-29 apabila Jufri Taha menyumbat gol sendiri hasil hantaran lintang Shukur dari kiri.

Tidak lama kemudian Tampines melakukan serangan balas dengan Hadzibulic secara solo mara ke hadapan tetapi volinya ditepis oleh Sharbinee.

Seminit sebelum waktu rehat, Michal Kubala membuat hantaran kepada Raimi yang pantas mencari Amri di hadapan yang kemudian dengan mudah menjaringkan gol kedua untuk Selangor.

Bermula babak kedua tiada perubahan pemain dalam kedua-dua pasukan.

Pada minit ke-51, Asraruddin Putra menanduk masuk gol sendiri hasil hantaran Firdaus Kasman.
Pasukan tuan rumah kemudian mendapat peluang utnuk menyamakan kedudukan melalui Jamil Ali namun percubaannya tersasar.

Pada minit ke-58, Selangor mendapat sepakan percuma namun rembatan Kubala berjaya diselamatkan oleh Deven.

Seminit selepas itu, Peter Chrappan melakukan kesilapan dari hantaran lintang Shaiful dan Aleksandar Duric mengambil kesempatan untuk menyamakan kedudukan.

Tampines tampil lebih berbahaya selepas jaringan itu dan terus mengasak ke kubu pertahanan Selangor sementara Selangor berhempas pulas untuk mendapatkan jaringan selepas bolos dua kali.
Pada minit ke-72, Selangor melakukan perubahan pertama pemain apabila Kubala digantikan dengan K.Solihin.

Empat minit kemudian Amri meletakkan Selangor kembali di hadapan apabila menjaringkan gol cantik dari kanan hasil hantaran Mahalli.

Penjaga gol Red Giants, Sharbinee Allawee kemudian terpaksa digantikan dengan Norazlan pada minit ke-84 kerana mengalami kecederaan selepas berlaga dengan pemain Tampines. [foxsports]

Highlight perlawanan AFC Cup di sini.