Malaysia keempat hoki Liga Juara

Pasukan hoki negara gagal untuk mendapat gangsa dalam penentuan tempat ke-3 hoki Liga Juara-Juara pagi tadi.

Skuad kendalian Paul Revington itu hampir mencapai kejayaan setelah mendahului 3-2 pada minit ke-66 hasil jaringan Nabil Fiqri Mohd Noor.

Jaringan sudut penalti dari Conor Harte pada minit akhir perlawanan nyata menghancurkan harapan negara  untuk menyamakan kedudukan 3-3 membawa penentuan masa tambahan yang ditentukan dengan golden goal.

Nyata Ireland lebih bernasib baik kerana gol emas yang dicari berjaya dihasilkan oleh Peter Caruth untuk mengesahkan Ireland di tempat yang ke-3.